Pertubuhan Literasi TanahPERTUBUHANLITERASI TANAH

Terma Perkhidmatan

Kemaskini terakhir: 30 Ogos 2026

1. Penerimaan Terma

Dengan mengakses atau menggunakan laman web tanahmalaya.org ("Laman") milik Pertubuhan Literasi Tanah (PLT), No. Pendaftaran PPM-001-10-17042026, termasuk membuat pembelian merchandise atau pendaftaran keahlian/program, anda bersetuju terikat dengan Terma Perkhidmatan ini. Sekiranya anda tidak bersetuju, sila hentikan penggunaan Laman ini.

2. Produk & Harga

Semua harga merchandise yang dipaparkan adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) dan termasuk kos penghantaran yang dikira semasa checkout (kecuali dinyatakan sebaliknya). PLT berhak meminda harga, penerangan produk, atau menghentikan jualan sesuatu produk pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

Ketersediaan stok dipaparkan seboleh mungkin tepat, namun PLT tidak menjamin bahawa stok akan sentiasa mencukupi. Sekiranya pesanan tidak dapat dipenuhi disebabkan stok habis selepas pembayaran dibuat, PLT akan menghubungi pembeli untuk proses pemulangan wang penuh.

3. Pembayaran

Pembayaran diproses melalui gerbang pembayaran pihak ketiga (BayarCash). Pesanan akan disahkan hanya selepas pembayaran berjaya diterima. PLT tidak menyimpan butiran kad/bank anda - ia diuruskan sepenuhnya oleh penyedia gerbang pembayaran.

4. Penghantaran

Penghantaran merchandise diuruskan melalui rakan kurier pihak ketiga (contohnya SPX Xpress). Anggaran tempoh penghantaran adalah 3-7 hari bekerja selepas pesanan diproses, tertakluk kepada lokasi destinasi dan operasi kurier - ia bukan jaminan muktamad.

Sila pastikan alamat penghantaran yang diberikan semasa checkout adalah tepat dan lengkap. PLT tidak bertanggungjawab ke atas kelewatan atau kegagalan penghantaran yang disebabkan oleh alamat tidak lengkap/tidak tepat yang diberikan oleh pembeli.

5. Pemulangan & Pertukaran

Pemulangan/pertukaran hanya dilayan untuk produk yang rosak semasa penghantaran atau salah dihantar (bukan seperti yang dipesan), dengan syarat dilaporkan kepada PLT dalam tempoh 3 hari dari tarikh parcel diterima, disertakan gambar/video bukti keadaan produk.

Produk yang telah digunakan/dibasuh, atau permintaan pertukaran disebabkan salah pilihan saiz oleh pembeli sendiri, tidak dilayan melainkan atas budi bicara PLT.

6. Pembatalan Pesanan

Pesanan yang telah dibayar dan diproses untuk penghantaran (tempahan kurier dibuat) tidak boleh dibatalkan. Sila hubungi PLT secepat mungkin selepas pembayaran jika ingin membatalkan pesanan - pembatalan hanya boleh dipertimbangkan sekiranya pesanan belum lagi diproses untuk penghantaran.

7. Had Tanggungjawab

PLT berusaha memastikan semua maklumat di Laman ini tepat, namun tidak membuat sebarang jaminan nyata atau tersirat berkenaan ketepatan sepenuhnya. PLT tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian tidak langsung yang timbul daripada penggunaan Laman atau produk yang dibeli, kecuali diwajibkan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

8. Pindaan Terma

PLT berhak meminda Terma Perkhidmatan ini pada bila-bila masa. Perubahan akan dikemaskini di halaman ini berserta tarikh kemaskini terkini. Penggunaan berterusan Laman selepas perubahan bermakna anda menerima terma yang dikemaskini.

9. Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan berkenaan Terma Perkhidmatan ini boleh dihantar ke info@tanahmalaya.org.